Alaf 21


Yang Terindah

Elly, Gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih sayang seorang ayah. lalu rasa sayangnya tertumpah pada zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini.

masa yang berlalu menginjak usia, rupanya dalam diam telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya,

tapi, mana ungkin dia membalasnya. dia tidak tega menerima lafaz lelaki yang telah bertahun-tahun di anggapnya sebagai abg sendiri. lantas dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri.


namun perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. payahnya menerima hakikat, perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.

saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr Hazlin merobek segala impian . berjayakan dia memiliki semula hati lelaki yang telah di tolak cintanya itu atau cukuplah sekadar mengabdikan momen terindah itu di dalam kenangannya??

persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat di cintainya.........



 Ria Qistina 
( antara novel fav!, novel ni dh lama...baru2 ni beli yg baru, tapi satu muka surat kat tngah2 boleh la pulak koyak..xpuas hati tul dgn penjual dia. )

Sinopsis : RIA QISTINA Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya.
Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? 
Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. 
Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'




 adam dan hawa 
( best! drama pun best )

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.


Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.


Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.


Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).


Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.


Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.


Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.


Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.


Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain




setia hujung nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. 

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. 

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. 




asam pedas untuk dia 
( terhangat di pasaran karangkraf.)

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!





tertulis buat kita ( besttt )
( terhangat di pasaran karangkraf.)
AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

"Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?"

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI - lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina.

"Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?"



diriku usah di cari
( terhangat di pasaran karangkraf.)

"Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!"

Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya.

"Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia."

Selama ini, Kirana hanya mendiamkan diri. Segala perbuatan emak mertuanya langsung tidak dipedulikan. Baginya, inilah pengorbanan yang harus dibuat untuk terus bersama Haziq. Tapi, sampai bila? Kesabarannya kian menipis. Bila tiba saat itu, dia harus membawa diri.

"Haziq selamat tinggal. Diriku usah dicari lagi. Andai ada jodoh, pasti kita bertemu semula. Jika tidak anggaplah semua ini kenangan terindah."





cinta pandang ke-2
( terhangat di pasaran karangkraf.)

"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu.

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama




kasih Yang Suci 
( novel best, rugi plak terlepas drama dia hari tu )

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran. 
 
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. 




kau yang satu 
( antara novel fav jugak )
Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. 

Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. 

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?




makna cinta

Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup. Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. 

Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ. Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas.Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. 

Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf. Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? 

Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula



Nota Cinta Buat Mu 
( ni pun best, antara novel fav )

Johanna adalah seorang isteri yang baik, setia dan menghormati suaminya. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila suaminya menceraikan dirinya selepas dia mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin lain.
Dia tidak menyangka bahawa nasibnya sama dengan uminya. Uminya juga diceraikan ayahnya kerana berkahwin lain. Namun, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari yang mendatang tanpa suami di sisi. Dan Johanna bersyukur anaknya, Aiman menerima dan memahami perasaannya.

Setelah melalui hidup berkeseorangan, Johanna dipertemukan dengan Graham. Graham merupakan jirannya. Graham adalah seorang lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Tetapi bagi Johanna, Graham adalah lelaki yang istimewa, lelaki yang selalu mengerti dan cepat memahami. Dia merasakan jiwanya yang kosong kembali terisi. Seperti terasa luka di hati telah terubati.

Namun, ketika bunga-bunga cinta mulai mekar dihati, Dihrran, bekas suaminya yang dulu pernah membuangnya datang kembali menagih hati, menagih simpati.

Hatinya nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Namun, Johanna sedar Dihrran perlu di ajar untuk lebih menghargai dan menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan ambil kembali.

Segala perancangannya berjalan lancar. Namun, tanpa disedarinya Graham mendapat tahu dan membawa diri ke Indonesia. Johanna kalut. Lantas, pergi mencari Graham. Dan ternyata mereka memang ditakdirkan untuk bersama. Johanna bertemu kembali Grahamnya di Masjid Darul Falah.

Bersama nekad, Graham telah menikahi Johanna di Masjid tersebut tanpa pengetahuan Aiman dan seluruh keluarganya.

Sekembalinya dari Bandung, Aiman mendapat tahu yang ibunya telah menikah dengan Graham. Dan dia mula merasa tersinggung dan berkecil hati kerana tidak dapat menyaksikan pernikahan ibunya. Namun, setelah di pujuk Graham, akhirnya Aiman mengerti dan merestui perkahwinan ibunya dengan Graham.

Johanna mengerti sekarang akan kata-kata ibunya. "Luka tidak akan luka di tempat yang sama ... begitu juga luka di hati. Selagi parutnya masih ada, ia tidak akan terluka lagi buat kali keduanya." Dan dia bersyukur dengan kebahagiannya kini.







Tiada Nokta cinta 
( ni pun syok, tapi ada bikin panas sikit hohoho~~ )

Entah silap siapa, persahabatan menjadi ingauan ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah! Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya.


Hampa dan keliru menjadikan Fitrah seperti dikejar oleh bayang-bayang sendiri. Begitu takut untuknya berpaling apatah lagi melangkah. Bagi dirinya di kira kanan penuh onak yang tak sanggup untuk diredah. Dia rela berdiri di situ selagi boleh bernafas. Biarlah semuanya berlalu mengikut putaran waktu. Dan... dia sanggup menjadi penunggu yang hanya mengenang kisah lalu.


Sesekali Fitrah ingin membebaskan diri daripada rantaian kenangan itu. Membuangnya jauh-jauh supaya hidup lebih tenang dan damai. Tetapi, bagaimana hendak disingkirkan kalau kenangan itu sering menerjah? kadangkala dia rimas dengan belenggu itu. Terutama bila jiwanya sepi kerinduan dan hatinya kontang dgn kasih sayang.


Kehadiran Daniel seperti tepat pada ketikanya. Tetapi Fitrah seakan bermain dgn masa. Baginya cinta yang baru berputik ini mesti dinoktahkan! Namun, gembirakah Fitrah dgn keputusan itu? Atau, luka lamanya akan berdarah kembali?






Sukma Rindu 

( antara yg fav jugak, tapi ending xsangka dgn llki lain la pulak hihi )

Pertemuan antara Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan.

Dunia kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah untuk mendapat kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari-hari berlalu dengan seribu harapan yang menanti.

Cabaran datang menduga. Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan ditangan Dianza ada segala jawapannya.

Sejak mengetahui Azril menghidap penyakit yang membawa maut, simpati Dianza semakin melimpah tapi perasaan cinta nya pada  Fredie tak mungkin berubah. Kehadiran Azril membuat Fredie rasa tergugat. Sukarnya meluah rasa. Fredie tak mahu mengigit jari di kemudian hari. Namun setelah mengetahui Azril tidak mungkin dapat hiudp lama, Fredie mulai mengambil berat tentang Azril yang telah menjadi kawannya jugak.

Sekian lama bermain tarik tali, Dianza tekad untuk mengakhiri segalanya, Kepastian perlu dicari. Agar hati tenang meneruskan kehidupan.


Segalanya terungkai sudah. Fredie mengakui hakikat sebenarnya yang Dianza memang diutus untuknya. Dan Dia amat bersyukur yang Dianza jugak mempunyai perasaan yang sama dengannya. Kebahagiaan menanti untuk mereka berdua dan berharap kebahagiaan itu kekal selama-lamanya.




Saat Cinta Bersemi 
( ok gak la novel ni, cuma kadang2 menyakitkan hati membaca )

kisah ini berkisar kehidupan Nur Dhuha yg hidup diseksa oleh Badrul, yg pd mulanya dianggap abg kandungnya. Tapi akhirnya terbongkar rahsia bHw lelaki yg bYk terlibat dgn aktiviti2 yg tDk bermoral dan menjadiKn nur dhuha tmpt dia melepaskan maRah dan sepak terajang itu buKan abg kandungnYa.

kebeNaran tu ditunjuKKan oLeh Syamir, bos tmpt hotel di mana nur dhuha bekerja. kebetuLan, syamir merupakan raKan saTu sekoLah Nur Dhuha. Dan si sYAmir ni pula menYimpan dendam pd Nur Dhuha apabiLa di dibuang seKolah kerana keSalahan dia sendiri.. Maka peluang yg dia dpt pd kala itu digunakan oleh syamir utk mengenakan Nur Dhuha.




Selaut kasih 
( syok dan menyedihkan )

 Kasih sayang antara Najihah dan Jeffry ibarat bulan dan bintang. Kebahagiaan rumah tangga mereka umpama laut yang tenang. Janji setia yang mereka lafazkan tetap kukuh. Cinta mereka tidak pernah surut.

Namun, ombak resah akhirnya mendamparkan mereka ke pantai dugaan. Najihah diperkosa oleh Faiz, lelaki pendendam yang cintanya ditolak oleh Najihah. Tragedi hitam itu menyebabkan Najihah jadi paranoid. Apatah lagi bila dia disahkan mengandung. Tapi anak siapa?

Sebagai suami, Jeffry berusaha memahami perubahan Najihah yang jadi pendiam dan langsung tidak mahu disentuh. Tapi, ego lelakinya sering bertingkah dengan keadaan Najihah dan kemahuan kelelakiannya.

Demi kebaikan bersama, Najihah memaksa Jeffry menikahi Sharlini sebagai isteri kedua. Konflik rumah tangga mereka semakin kalut, bila Sharlini bertindak merampas Jeffry sebagai ‘haknya seorang’ kerana kononnya Jeffry adalah bekas kekasihnya yang ‘dirampas’ oleh Najihah.

Bagi Jeffry, dalam hatinya cuma ada Najihah... 




 
Bicara Hati 
( novel ni best, tapi drama ni xberapa..agak lari jauh dri novel , huhuh )

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. 
Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. 
Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. 
Tengku Syahran telah mungkir janji. 
Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
 

No comments:

Post a Comment