Penceraiannya
dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia
pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM.
Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan
hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin
dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah
sembuh semakin parah.
Demi
menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal.
Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas
baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum
dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal
yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?
Tatkala
dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih
cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah
tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai
betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.
Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.
Dia
berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di
hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.
Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.
Muhammad
Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk
berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh
keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun
mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi
anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih
memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama
enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya,
Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada
pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia
terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna
sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada
seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA
PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga
diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu
berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana
hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah
Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar
kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya
dialah calon yang terakhir?
Meh Sandar Pada aku
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya.
Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal.
Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?
Dia segalanya
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?
Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke
Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman
yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat
‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat
jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof,
rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk
Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain
menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki
menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line
untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman
wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan
bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala
Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana
bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati
dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana
telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian
makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan
bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia
sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan
setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah
Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang
hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi
pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
Pergilah Air Mata
Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan
Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan
ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.
Air matalah
peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.
Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan
seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.
Hiduplah Badrul
dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan
yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah,
tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul
mula berubah rindu…
Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di
ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya
masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang
melingkari sukmanya.
Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang
dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air
mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu
ingat pada hangat titisannya dahulu.
Cinta Tak Terucap
Ammar
Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali
sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu
bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang
terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak
apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar
Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.
SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?
SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?
AMMAR
MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama
terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut
kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya
dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah
tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya
bergetar. Pelik bukan?
Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.
Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?
Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.
Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?
No comments:
Post a Comment