Buku Prima



Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema. Menerima ‘lamaran’ daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. 

Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. 

Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya di hati itu?

Aneesa pula sudah geleng kepala.Mr.Waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. 

Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? 

Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di Café S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku?

 Aku kan tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu!

“Ikatan yang ada di antara kita ni, tak penting ke untuk kau?” - Dzaquan

“Aku tak sangka orang macam kau hanya pentingkan diri sendiri! Yang boleh dibeli dengan wang ringgit! Aku benci kau! Aku benci kau!” - Aneesa




Cinta Sambal Belacan

Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya,

Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat segala bagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya.

Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu.  

Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian.  

Namun, akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Lily Athira kini telah dibebaskan, walaupun patah sayapnya namun dia mampu terbang tinggi. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?






Cinta Kau Dan Aku 
( ni pun best, boleh kuar air mata jugak la...and best seller di karangkraf mall. xtau plak ak cita ni udh d drama kan..xpnh tgok lg drama dia.)


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.


"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?




Andai Itu Takdirnya  
( yang ini pun best, jalan cerita yg sedih,balik2  mengalir air matatapi Happy Ending :) 

 
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,
dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. 

Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.

segala cerita bermula selepas aleya dan syed aizril di tangkap basah gara2 perangkap.

jeng2 hehehe 

No comments:

Post a Comment